
tengok roomate study..so aku pon nak study jugak la..study apa ek??(salah tatabahasa ni..'apa' tidak boleh digunakan dalam ayat penyata..harap anda jangan mengikut ayat ini dan jangan mengunakan 'ayat rojak' dalam penulisan karangan bahasa melayu..pesanan untuk pelajar USM yang mengambil paper LKM 400)
tiba2 terbelek pasal 'kata nama'..tiba2 jugak aku memecahkan keheningan malam dalam bilik aku ni dengan ayat seperti berikut:
"kata nama ni apa???" dengan keadaan yang tak malu aku menunjukkan betapa jahilnya aku pasal bahasa melayu kepada roomateku..yang sebenarnya aku tahu la sikit2 cumanya nak tahu lebih lanjut je..(sempat lagi nak men'defy'kan diri..(-_-)..)
roomateku cakap:
"menurut cikgu LKM aku, kata nama adalah apa-apa yang anda lihat itu adalah tahi lalat dia"
hah!!!terkasima aku sedetik..pelik la..maksudnya semua yang aku lihat ni tahi lalat cikgu LKM kau tu??adakah buku2 di depanku ini tahi lalat cikgu itu??tapi nak 'relate' dengan kata nama tu macam nama pulak..(terjatuh otak aku..aduh rasanya..)
dah2 jangan kusut2kan kepala yang sememangnya sudah kusut dengan rambut yang kusut..dan aku pun bersifat ingin tahu sangat pasal kata nama ni..so terbukak nota yang cikgu bagi..
OooOoo...kata nama ada 3 bahagian
- nama khas: hidup(manusia,binatang)/tak hidup(tempat,judul buku,nama bangunan) (aik..ada jugak kata hidup/tak hidup..adakah perkataan bernyawa??)
- nama am: konkrit (nama sesuatu yang dapat dipegang,dirasa dan dilihat seperti tangan,rumah)/abstrak(nama sesuatu yang dapat dibayangkan/dikhayalkan seperti mimpi,idaman,roh) (ni lagi satu..dah macam bangunan pulak ber'konkrit2...huh!!)
- ganti nama: kataganti diri pertama(saya,aku,beta,kita,kami), kedua(anda,awak,tuanku,kalian,kamu) dan ketiga(baginda,beliau,dia,ia)
seperti mana yang aku ingat cikgu noorul (cikgu LKM aku) cakap kata nama boleh:
- boleh didahului oleh kata bilangan (nak kene tahu jugak kata bilangan ni apa??contonya-satu,dua..beberapa,sesetengah..separuh..pertama,kedua..)
- boleh diikuti kata penentu belakang (aku tanya roomate aku, dia cakap kata penentu contahnya 'ini','itu')
- boleh menjadi inti frasa nama dalam ayat frasa nama yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama(meja bulat,kerusi empuk), kata nama terbitan(keRAJAan,keTUA) atau kata ganti nama
- boleh wujud sebagai inti+penerang kata nama/kata kerja tak transitif/kata kerja transitif (ni aku tak berapa paham sebenarnya..he..nanti aku rujuk pakar2 bahasa)
bila belaja pasal kata ganti nama pulak, baru aku tahu yang kata ganti nama diri ni terbahagi kepada 2:
I) KGND tanya
- berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia
- contah: siapa (orang), apa (bentuk atau perkara), mana (benda dan orang)
II) KGND orang
- KGNDO pertama
- KGNDO kedua
- KGNDO ketiga
banyak jugak informasi pasal kata nama ni..jadi guru bahasa melayu best agaknya (tapi jiwa aku tidak ke arah ini)..apa-apa pun bahasa jiwa bangsa (tiba2 pulak masuk peribahasa)
kalau nak dihuraikan lagi pasal tatabahasa ni rasa jemu nanti..lain la kalau orang yang sangat2 minat bahasa melayu (walaupun sebenarnya aku sudah jatuh cinta dengan bahasa melayu dan mahu mempelajarinya lebih dalam sedalam perut bumi..adakah aku akan mengambil minor bahasa melayu???argh!@#$%))
akhir penaipan
***ambil yang jernih,buang yang keruh..apa yang baik itu datangnya dari-NYA..dan segala kelemahan yang saya lakukan mohon dimaafkan...
wallahualam...(^_^) v

No comments:
Post a Comment